Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Projek Pembangunan Sistem Air Bersih

  • KategoriAir Bersih
  • Penerima Manfaat28 buah Rumah
  • Tempoh Projek6 bulan
  • LokasiKampung Seri Gaman, Pitas
  • Nilai ProjekRM50,000.00

Kampung Seri Gaman, Pitas terletak 226 km dari Kota Kinabalu boleh dihubungi melalui jalan raya menggunakan kereta 4WD, 20 km dari Pekan Pitas. Bilangan rumah-rumah penduduk tinggal berkelompok dalam suatu kawasan yang paling padat adalah sekitar 28 buah dengan jumlah penduduk sekitar 232 orang.

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama APM bantu projek pembangunan Sistem Air Bersih Di Kampung Seri Gaman, Pitas, Sabah

Masalah utama dihadapi oleh penduduk Kg Seri Gaman adalah bekalan sumber air bersih. Oleh itu sebuah loji mini rawatan air perlu dibangunkan untuk menyediakan bekalan sumber air bersih kepada penduduk.

Kelebihan Projek

  1. Membantu penduduk di kawasan pedalaman Sabah bagi mendapatkan akses air bersih untuk 28 buah rumah di Kampung Seri Gaman, Pitas, Sabah.
  2. Melaksanakan projek bertepatan Sustainable Development Goal ke-6 iaitu menjamin ketersediaan serta pengelolaan air bersih.
    Penerima Manfaat:
    28 buah rumah (232 orang penduduk)

Sustainable Development Goals (SGD) terlibat:

Perkembangan Projek

Kutipan Dana0
Progress Projek0

Penyumbang

Kerjasama

Galeri Projek

svg