Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Mengenai

KOMITED MENCAPAI IMPIAN

Yayasan Ikhlas memberi impak positif kepada penyumbang, sukarelawan dan penerima bantuan dari aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan & sahsiah diri.

  • Aspirasi

    VISI & MISI

    VISI
    Menjadi sebuah yayasan  global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030.

     

    MISI
    Melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan demi agama, bangsa, dan negara.

  • Matlamat

    OBJEKTIF

    Meningkatkan taraf hidup
    komuniti yang miskin dengan menyediakan sokongan berterusan untuk keperluan asas mereka dan peluang ekonomi. Matlamat kami adalah untuk mencipta peningkatan yang berkekalan dalam kehidupan mereka dengan menangani punca-punca utama.

     

    Meningkatkan taraf pendidikan
    meningkatkan akses dan kualiti pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan melalui biasiswa dan sumber, memastikan setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk berjaya.

     

    Memberi bantuan
    Kami memberikan bantuan segera dan sokongan berterusan kepada mereka yang terjejas oleh bencana atau kesusahan, memberi mereka kekuatan untuk membina semula kehidupan dengan bermaruah dan berdaya tahan.

  • Kluster

    PROJEK

    INFRASTRUKTUR
    Pembangunan Sistem Air Bersih
    Pembangunan Sistem Solar


    PENDIDIKAN
    Pembangunan 3M (Membaca Menulis Mengira)
    STEM-TVET


    KOMUNITI
    Ekonomi-Mikro
    Pasukan Tindakbalas Kecemasan (bencana)

  • FOKUS

    PENGKHUSUSAN

    SISTEM AIR BERSIH
    Projek Pembangunan Air Bersih merupakan salah satu projek utama Yayasan Ikhlas dalam bidang infrastruktur. Projek sistem air bersih telah dilaksanakan di beberapa kampung di Sik (Kedah) dan Simunjan (Sarawak) yang memberi manfaat kepada hampir 2000 rumah dan pusat komuniti. Beberapa kampung yang kami sasarkan adalah kampung yang mengalami sedikit hingga tiada hujan sama sekali, menyebabkan penduduk bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

     

    INOVASI UNTUK KOMUNITI
    Pengumpulan air bukit, kolam takungan, sungai, dan air bawah tanah dari pelbagai sumber yang disimpan dalam tangki takungan yang dinaikkan kemudian diagihkan kepada komuniti.

  • Jaminan

    KEJAYAAN

    RESEPI KEJAYAAN
    Pengurus projek kami telah berunding dengan pakar dan ahli akademik dalam bidang tersebut untuk membangunkan strategi yang optimum, kemudian bekerjasama dengan aset tempatan untuk mencapai penyelesaian yang berkesan.

RAKAN KERJASAMA & STRATEGIK

svg