Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Projek Pembinaan Sekolah Agama Rakyat Al-Huda

  • CategoryPendidikan
  • Penerima Manfaat450 pelajar Pusat Pembelajaran Al-Huda (Kampung Pekan 2 & Kuala Bibang)
  • Tempoh Projek12 bulan
  • LokasiKampung Kuala Bibang, Semporna, Sabah
  • Nilai ProjekRM50,000.00

Pusat Pendidikan ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, pada November 2021. Seramai 90 pelajar telah dimuatkan di sekolah ini yang mempunyai hanya 3 bilik darjah dan 1 bilik guru.

Yayasan Ikhlas dengan kerjasama APM bantu projek pembinaan Pembelajaran Islam Al-Huda

Sasaran utama projek ini adalah untuk membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang berstatus stateless dan tidak mempunyai peluang belajar dengan menyediakan pendidikan secara percuma kepada mereka. Fokus utama Celik 3M adalah membimbing pelajar-pelajar buta huruf untuk menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Kelebihan Projek

  1. Mengumpul dana dan sumbangan awam untuk penyediaan barang-barang keperluan pelajar dan guru.
  2. Memberikan pendidikan asas 3M (mengira, membaca & menulis) percuma kepada golongan sasar.
  3. Melahirkan generasi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat, mampu berdikari dan berusaha dalam kehidupan.
  4. Menggalakkan penglibatan badan korporat, NGO dan persendirian untuk menyumbang

Sustainable Development Goals (SGD) terlibat:

Perkembangan Projek

Kutipan Dana0
Progress Projek0

Penyumbang

Kerjasama

Galeri Projek

svg