Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Projek dalam kategori "Air Bersih"

  • Air Bersih

    Projek Pembangunan Sistem Air Bersih

    Kampung Seri Gaman, Pitas terletak 226 km dari Kota Kinabalu boleh dihubungi melalui jalan raya menggunakan kereta 4WD, 20 km dari Pekan Pitas. Bilangan rumah-rumah penduduk tinggal berkelompok dalam suatu kawasan yang paling padat adalah sekitar 28 buah dengan jumlah penduduk sekitar 232 orang.

svg