Latar belakang

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 5 Mac 2009 yang bertujuan untuk meringankan kesusahan di kalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, fakir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka serta untuk memberi suatu biasiswa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia.

Objektif
  • Untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir dan miskin.
  • Untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan yang kurang berkemampuan.
  • Untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

Projek Pembinaan Telaga Air, Kg. Tua Sik, Kedah

  • KategoriKelestarian Tenaga
  • Penerima Manfaat132 buah Rumah
  • Tempoh ProjekBulan 2 tahun 2022 – masih berjalan
  • LokasiKampung Tanah Hitam, Sik, Kedah
  • Nilai ProjekRM50,000.00

Kampung Tanah Hitam ini terletak di latitude 5.8631 dan longitude 100.7705 di dalam negeri Kedah, berada di utara Barat Kampung Jelutong, dalam daerah Sik. Daerah Sik merupakan daerah terbesar di Kedah, 6km dari Selatan Barat Kampung Tanah Hitam Hitam. Kampung Tanah Hitam ini terletak dalam wilayah Kedah. Alor Setar, ibu kota Kedah terletak kira-kira 54 km / 33 batu dari Kampung Tanah Hitam. Kampung Tanah Hitam ini terletak 319km atau 198 batu dari utara Kuala Lumpur, ibu Negara Malaysia

Kapasiti Projek

  1. Air bawah tanah : 51,000 liter air bersih utk 121 buah rumah + 5 bangunan awam (404 liter / bangunan)
  2. Air bukit : 35,000 liter air bukit untuk 132 buah rumah + 5 bangunan awam (270 liter / bangunan)

Kelebihan Projek

  1. Air Mineral Kewujudan air dalam sistem retakan batuan biasanya lebih berkualiti dan menjadi sasaran pengusaha kilang air mineral. Sumber air ini sangat bernilai dan susah untuk tercemar disebabkan wujudnya penapis semulajadi dan jauh di dalam bumi. Penduduk boleh mengambil inisiatif menjual air mineral kepada pasaran dan dapat menjana ekonomi penduduk sekitar.
  2. Infrastruktur Asas Mencukupi Usaha pembinaan telaga tiub ini akan membantu meningkatkan liputan bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Tanah Hitam. Infrastruktur asas yang sedia ada akan disokong dengan bekalan tambahan yang berterusan menyalurkan air bagi keperluan penduduk.
  3. Komuniti Penduduk sekitar dapat menjalani kehidupan dengan baik, meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat di luar bandar secara inklusif.

Sustainable Development Goals (SGD) terlibat:

Perkembangan Projek

Kutipan Dana0
Progress Projek0

Penyumbang

Kerjasama

Galeri Projek

svg